1. Timun - dapat menghilangkan lingkaran hitam mata, mata bengkak (pastikan anda cukup tidur ya?), mengecilkan rongga kulit dan merawat sunburn. Sangat berguna bagi produk yang berharga RM2 sekilogram.Cara guna: Hanya hiris nipis timun dan letakkan di atas mata.

2. Teh Hijau - Selepas anda menikmati keenakan teh hijau, jangan buang lak uncang teh tu. Ada gunanya tau untuk anda.
Cara guna: Hanya letakkan uncang teh hijau di mata dan biarkan selama 15-20 minit ( jangan lah letak uncang teh panas-panas tu di mata pulak. Tak pasal-pasal lak terbakor mata tu hehehe). Teh hijau dapat melembabkan kulit yang kering dan menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata.

3. Air beras -Kenapa nenek kita tak membuang air beras selepas membasuh beras?
Air beras kaya dengan antioksida dan melambatkan proses penuaan. Ini adalah tip kecantikan klasik geishas di Jepun.
Cara guna: Ambil kapas dan rendamkan dalam air berus dan sapu kapas ke muka sebagai toner atau pelembab wajah. Itu aje. Senang kan?
4. Arang -Peminat kopi dan teh perlu baca betul-betul. Untuk menghilangkan kekuningan gigi amalkan mengosok gigi dengan arang.
Cara guna: Caranya mudah aje. Hanya tumbuk arang dengan sedikit garam dan gosok gigi dengan jari ( jangan makan tau).
Arang tersebut akan menyerap kesan kekuningan pada gigi.
5. Minyak kelapa -Peminat kopi dan teh perlu baca betul-betul. Untuk menghilangkan kekuningan gigi amalkan mengosok gigi dengan arang.
Cara guna: Caranya mudah aje. Hanya tumbuk arang dengan sedikit garam dan gosok gigi dengan jari ( jangan makan tau).
Arang tersebut akan menyerap kesan kekuningan pada gigi.
6. Oat - Oat kaya dengan fiber dan sesuai di jadikan face mask.
Cara guna: Caranya ambil oat campur dengan madu dan kisar halus. Selepas tu letakkan dimuka selama 15 minit. Amaran: Jangan buat masa lapar nanti oat tu masuk mulut lak.
7. Lidah buaya- Kulit berparut adalah mimpi ngeri setiap wanita. Mujurlah ada lidah buaya yang nenek kita tanam.
Cara guna: Hanya potong lidah buaya dan ambil lendir dan sapukan pada parut. Amalkan setiap hari dan sehingga hilang. murah dan sangat mudah.

Jom kita ramai2 cuba petua ni!!

































